FREE , CUSTOMIZABLE AND OPEN SOURCE.
Zekr Quran
Zekr adalah perisian al-quran percuma yang dibangunkan atas platform linux.Perisian ini adalah perisian sumber terbuka yang boleh digunakan untuk Linux , Windows dan Mac.
FUNGSI - FUNGSI UTAMA ZEKR -ALQURAN
- Ayat suci Al-quran beserta bacaan audio.
- Terjemahan dalam berbagai bahasa cth: Arab, Malay, English , Turkish, Indon dan lain-lain.
- Kebolehan menukar paparan , layout dan tema.
- Antara muka yang ringkas dan senang digunakan.
FUNGSI LAIN PERISIAN ZEKR ALQURAN
Perisian ini boleh ditukar @ ditambah mengikut keperluan anda sendiri. Anda boleh menukar bahasa dan terjemahan dalam bahasa yang lain seperti bahasa melayu, english , arab dan lain lain.
Perisian ini juga membolehkan anda membuat carian ayat-ayat alquran dan tafsirannya. Anda bolih membuat carian @ search dengan ayat mahupun hanya dengan menaip perkataan seperti mencari ayat berkaitan hukum Allah. Cuma perlu menaip perkataan hukum Allah dan semua ayat - ayat berkaitan hukum Allah akan dipaparkan.
Untuk menukar bacaan audio qari - qari terkenal anda perlu Select menu Audio -> Recitation
Perisian Al-Quran ini juga melampirkan bacaan audio qari - qari seperti saad al-ghamidi, abdul basit, Mishary Al-Afasy, Abdul Rahman as sudais dan beberapa orang lagi.
Bookmarks
BookMark juga boleh digunakan jika anda mahu menanda ayat-ayat didalam alquran. Jadi anda tidak perlu untuk mencari lagi cuma melakukan carian hanya sekali dan menanda ayat yang anda mahu.
ZEKR DALAM BAHASA MELAYU
Untuk menukar language kepada bahasa melayu , Tekan Tool - > Option dan set Language kepada Malay.
Ni cth dari melayu islam
Untuk menambah terjemaah bahasa melayu, download malaysian.trans.zip dari zekr-quran Kemudian tekan Tools -> Add -> Translation dan pilih malaysian.trans.zip yang baru didownload tadi.
Kemudian Pilih menu View -> Translation -> dan pilih bahasa malaysia.
dan anda akan dapati Terjemahan dalam bahasa melayu.
Jadi anda sudah boleh menggunakan perisian Zekr Al-Quran dalam bahasa Melayu. Ia bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak, remaja dan sebagainya.
Luangkanglah masa anda untuk membaca al-quran mahupun membaca terjemahan nya . di rumah , pejabat atau pun laptop yang anda bolih bawa ke mana mana. Mungkin sedikit masa lagi perisian al-quran percuma ini bolih diaplikasi kan secara stabil di telefon bimbit anda dan bolih dibawa kemana sahaja.
Selamat Mencuba.
Labels: Perisian, Software
ReplyDelete