Monday, December 20, 2010

Mengetahui Penggunaan Bandwith Internet

Kepada pengguna - pengguna mobile internet ( mudah alih) especially mobile broadband , anda bolih mengetahui kadar penggunaan bandwith broadband anda melalui Network Trafik Monitor dalam Ubuntu.

Trend ISP(internet service provider) pada masa ini menghadkan penggunaan bandwith , namun masaalah yg dihadapi adalah pengguna tidak mengetahui berapa banyakkah penggunaan bandwith secara tepat. Cth bagi subscribers yang mempunyai kadar 6Gb / month , macam mane  nak mengetahui jumlah penggunaan pada hari ke 18 @ 20 .. macam mane pula kalau melebihi pakej yg ditetapkan , mungkin subscribers perlu membuat bayaran tambahan.


Namun begitu sekiranya anda menggunakan sistem operasi ubuntu, terdapat satu perisian yang akan monitor penggunaan data yang anda gunakan iaitu NTM atau Network Traffic Monitor



NTM mempunyai pelbagai fungsi antaranya membuat rekod penggunaan bandwidth semasa dan fungsi auto-disconnect apabila melepasi angka penggunaan bandwidth tertentu. Saya merasakan perisian kecil ini sangat berguna kepada pengguna internet mobile untuk sentiasa mengetahui berapa banyak data yang telah digunakan.

NTM boleh dipasang ke dalam ubuntu dengan memuatturun fail DEB dan maklumat lanjut boleh didapati dari http://netramon.sourceforge.net/eng/index.html
 
kredit to melayubuntu

No comments:

Post a Comment