Sunday, December 26, 2010

YES 4G - 'Pay only what you use'

Pengenalan Yes 4G adalah titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih negara dengan kelajuan mengakses internet 5 kali ganda lebih laju daripada capaian 3G. Pasti ia menggembirakan pengguna - pengguna internet di mana proses upload dan download akan menjadi lebih cepat.

Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.

''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS).Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Unik mengenai Yes adalah, ia tidak memerlukan kad sim untuk beroperasi seperti perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lain, sebaliknya hanya menggunakan Yes ID iaitu nombor 018.

Dengan menggunakan Yes ID pengguna dapat mengakses perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa jua peranti.Ia termasuklah pelan panggilan telefon dan jalur lebar mudah alih bahasa paling senang nak ingat (mobile broadband).

Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.Oleh itu senarai kontak dijamin tidak akan hilang kerana disimpan di dalam talian(online).So kalau handphone hilang sekalipun, anda bolih mengakses kembali no telefon keluarga, rakan dimana sahaja asalkan ada internet.

Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap 3MB, satu minit panggilan telefon dan satu SMS.

Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.

So tunggu ape lagi.pakej yang menarik dan serendah RM30 untuk kadar minimum.Untuk buat perbandingan kos bolih rujuk kat sini.

No comments:

Post a Comment