Friday, December 24, 2010

UltraMalaya akan menggegar !!!

ULTRAS Malaya yang kini semakin dikenali dengan penyokong fanatiknya memberi jaminan kepada jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal dan pemain agar tidak bimbang dengan sokongan tempatan pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 bertemu Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Salah seorang ketua atau Capo kumpulan itu, Azrul Hussin, berkata ini kerana pada setiap perlawanan membabitkan Malaysia, Ultras Malaya yang dibentuk pada 2007 pasti hadir sebagai pemain ke-12 untuk memberi sokongan padu kepada pemain kebangsaan yang berjuang di padang. Sokongan kami tidak pernah pudar, malah bilangan kami semakin bertambah. Niat kami yang ikhlas dalam menyokong skuad Malaysia membuka mata rakyat negara ini agar bersama kami.

Kami akan terus menyokong Malaysia walau apa pun keputusan perlawanan kerana hidup mati kami demi Malaysia. Saya berharap rakyat Malaysia dapat bersama kami menggamatkan stadium, Ahad ini, dengan gema sorakan berapi, katanya, semalam.

Azrul berkata, penyokong setia tidak harus berfikir dua kali ke stadium kerana anak buah Raja memerlukan sokongan padu mereka walau pun RTM akan menyiarkan perlawanan itu secara langsung.


Sokongan kepada skuad negara semakin meningkat .. ape lagi .. GOMO malaysia GOMO.

No comments:

Post a Comment